nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mitra dipindah semula ke JPM

3 APR : Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu diputuskan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, dalam mesyuarat jemaah menteri, hari ini.

“Jemaah menteri putuskan Mitra dikembalikan ke JPM. Mengenai penguatkuasaan dan bila dipindahkan, boleh rujuk kepada Mitra,” katanya dalam sidang media, hari ini, lapor Bernama.

Ditanya mengenai hala tuju baharu Mitra, Fahmi berkata, matlamat lanjut itu akan dimaklumkan Mitra.

“Sudah pasti dengan pulangnya Mitra ke JPM, fokus khusus akan diberikan untuk pastikan bukan sahaja Mitra sebagai sebuah badan diurus dengan baik, tetapi matlamatnya juga sama ada dapat dicapai atau diharap dikembang luas,” katanya.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula pada 2018 diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Pada September 2022, ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.

Bagaimanapun pada Disember 2023, Mitra diletakkan semula di bawah KPN, sebelum Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) Mitra menggantikan Datuk R Ramanan pada Februari.

Pada 27 Mac, Ramanan menggesa agar Mitra dikembalikan ke JPM setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat India yang melihat badan itu lebih ‘selesa’ berada di bawah kawal selia JPM.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, gesaan itu juga disuarakan kerana infrastruktur dan sumber di bawah JPM lebih maju berbanding kementerian lain, sekali gus membantu pengurusan lebih efisien untuk unit khas itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.