15 APR : Rusia mengutuk sikap negara barat yang berat sebelah dalam pendirian mereka terhadap serangan Israel terhadap konsulat Iran.
Kenyataan itu dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia berkata negara-negara barat termasuk Perancis, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mempamerkan sikap hipokrot kerana enggan menyokong kenyataan yang mengutuk serangan Israel ke atas konsulat Iran pada 1 April.
Nebenzia mengutuk tindakan Israel itu yang disifatkan pelanggaran undang-undang antarabangsa, Konvensyen Vienna yang melarang pencerobohan terhadap kemudahan diplomatik.
Tegasnya, mereka tahu serangan terhadap wakil diplomatik adalah perbuatan yang menimbulkan perang di bawah undang-undang antarabangsa.
Menurutnya, majlis itu juga tidak dapat mencapai apa-apa jenis kecaman dan tindakan terhadap Israel.
Dalam pada itu, katanya, Rusia melihat hak mempertahankan diri hanya terpakai kepada negara-negara barat dan bukan negara lain.
Malah kata Nebenzia, Rusia sudah menyediakan kenyataan media atas nama Majlis Keselamatan berjait serangan itu namun ditolak.