16 APR : Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dilaporkan bakal menyerahkan kepimpinan republik itu kepada Timbalannya, Lawrence Wong, 15 Mei ini.
Berita Harian Singapura melaporkan, makluman itu dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura, pada Isnin.
Menurut PMO, Wong mendapat sokongan Anggota Parlimen (AP) yang sebulat suara memilihnya menjadi perdana menteri keempat republik itu.
Pada November 2023, Hsien Loong, 72 mengumumkan hasratnya untuk berundur sebelum pilihan raya umum 2025 dan jawatan itu akan digantikan dengan Wong.
Hsien Loong dilantik sebagai perdana menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 menggantikan Goh Chok Tong.