17 APR : Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat dalam rekod sejak 24 jam lalu, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949, hujan lebat menjejaskan banyak wilayah di seluruh negara.
Pusat Meteorologi Kebangsaan mengesahkan rekod hujan, yang berlaku di negara itu dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga 9 malam pada Selasa (16 April), adalah peristiwa luar biasa dalam sejarah iklim UAE sejak bermulanya rakaman data iklim.
Dijangka beberapa jam akan datang akan menyaksikan jumlah hujan yang lebih besar direkodkan.
Pusat itu melaporkan hujan tertinggi setakat ini dicatatkan di kawasan “Khatm Al Shakla” di Al Ain, mencecah 254 mm dalam masa kurang daripada 24 jam.
Hujan lebat ini adalah peristiwa luar biasa di UAE yang menyumbang kepada peningkatan purata hujan tahunan di UAE, serta pengukuhan rizab air bawah tanah negara secara keseluruhan. – Bernama-WAM
*Foto : Reuters