19 APR : Kerajaan akan menyiasat kejadian pembuangan beras dan tepung gandum di Kuala Krau, Pahang yang tular di media sosial sejak semalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Kawalselia Padi dan Beras Pahang untuk menyiasat
“Saya telah mengarahkan siasatan segera dijalankan oleh pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Temerloh, Pahang berkaitan insiden timbunan beras yang dipercayai dibuang di sebuah kawasan pembuangan sampah di Kuala Krau, Pahang.
“Kenyataan rasmi akan dikeluarkan dengan kadar yang segera,” katanya melalui satu hantaran di media sosial.
Terdahulu tular di media sosial yang menunjukkan lambakan beras, sardin, tepung dan teh dibuang di kawasan longgokan sampah di mana sebahagiannya dibakar.
Ia mengundang reaksi negatif susulan negara berdepan kekurangan beras putih tempatan di pasaran.
Namun setakat ini belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.