Kerajaan pertimbang rangka dasar berkait AI
19 APR : Kerajaan sedang melihat keperluan bagi merangka dasar dan meminda sebarang perundangan yang berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar Malaysia sentiasa mesra pelabur dan dapat menyokong perkembangan infrastruktur teknologi tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau berkata, aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
“Kerajaan sedang melihat keperluan bagi merangka dasar dan meminda sebarang perundangan yang berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar Malaysia sentiasa mesra pelabur dan dapat menyokong perkembangan infrastruktur teknologi tersebut,” katanya, lapor Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Anwar berkata, perbincangan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan kemajuan teknologi yang berkembang pantas.
“TFH turut memaklumkan perkembangan projek Worldcoin, inisiatif terkini berkaitan identiti dan rangkaian kewangan global serta inklusif dengan mengutamakan ciri-ciri kerahsiaan dan memberi perlindungan kepada informasi persendirian,” katanya.
*Foto : Facebook Anwar Ibrahim