23 APR : TLDM mengeluarkan senarai 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Lumut, pagi tadi.
Masing-masing tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.
Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:
Pesawat Agusta WestlandHOM (M503 3) 4 orang kru dan 3 penumpang:
1. Komander Muhammad Firdaus Ramli – Pegawai Memerintah Skuadron 503.
2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin
3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi
4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun.
5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy
6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar
7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna
Pesawat Fennec (M502 6) 3 orang kru:
1. Komander Muhamad Amir Mohamad – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan
3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Menurut TLDM, pengurusan jenazah kesemua mangsa yang terkorban akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi pasukan itu.