25 APR : Perikatan Nasional (PN) memilih pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut sebagai calon untuk merampas DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Khairul Azhari, 54 merupakan anak jati Hulu Selangor.
Semalam, Pakatan Harapan menamakan Pang Sock Tao, 31 yang merupakan setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebagai calon Kerajaan Perpaduan.
PRK Kuala Kubu Baharu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong, 58 pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi manakala Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.
Seramai 40,226 pemilih layak mengundi pada PRK itu dengan pecahan Melayu (46%), Cina (30%), India (18%) and lain-lain (5%).