nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota, PM

27 APR : Jemputan peribadi daripada Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh membuktikan keakraban kedua-dua pemimpin.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata ini adalah perubahan ketara dalam hubungan Malaysia dengan Arab Saudi dan kedua-dua pemimpin.

“Putera Mohammed bin Salman sendiri menghubungi perdana menteri dan mengundang beliau untuk hadir ke Mesyuarat Khas WEF,” katanya pada taklimat media, hari ini, menjelang lawatan Anwar ke Arab Saudi, lapor Bernama.

Beliau berkata, perdana menteri dijangka tiba di Riyadh pada 10 malam Sabtu waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia) dengan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Wan Zaidi berkata, ini adalah lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kita melihat bahawa kepentingan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi kali ini dijangka dapat membantu mengukuhkan hubungan sedia ada yang lama terjalin rapat antara kedua-dua negara dan perkukuhkan hubungan peribadi dengan pemimpin Arab Saudi dan pemimpin lain yang turut hadir,” katanya.

 Beliau berkata, Mohamad juga mendapat jemputan peribadi daripada rakan sejawatnya iaitu Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud untuk hadir ke Mesyuarat Khas WEF.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Raja Abdul Aziz bermula esok adalah bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan’ dan dijangka dihadiri oleh ketua-ketua negara serta kerajaan selain pemimpin industri.

Wan Zaidi berkata, perdana menteri dijadualkan menyertai Sesi Panel bertemakan ‘Wawasan Baharu untuk Pembangunan Global’ bersama pemimpin negara lain ketika Pembukaan Mesyuarat Khas itu.

Selain itu, Anwar dijadualkan menyertai Dialog Strategi Serantau Bersama mengenai ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan khusus untuk mengetengahkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 dan Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama dalam sesi ini.

Wan Zaidi berkata, perdana menteri juga akan menghadiri program Dialog Strategi Negara dan beliau dijangka berinteraksi dengan pemimpin industri dunia bagi mengetengahkan peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan di Malaysia.

Beliau berkata, sesi itu diadakan khas bagi membolehkan Malaysia mengetengahkan keutamaan strategik dan inisiatif negara termasuk pertumbuhan ekonomi dan fiskal selain peluang perdagangan serta pelaburan.

“Kita lihat bahawa Mesyuarat Khas WEF ini dapat membantu usaha Malaysia untuk terus mengetengahkan peluang pelaburan yang ada di Malaysia kepada pemimpin perniagaan dunia dan syarikat antarabangsa,” katanya.

Wan Zaidi berkata, semasa kerja lawatan itu, Anwar juga akan bertemu dengan ketua-ketua negara dan kerajaan bagi mengukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dua hala selain bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa.

Beliau berkata Mesyuarat Khas WEF penting bagi mendapatkan kerjasama global dalam memastikan pembangunan mampan untuk masa akan datang dan persediaan mendepani keadaan apabila sumber tenaga tradisional tidak lagi menjadi sumber utama.

“Kerjasama ke arah mewujudkan sumber tenaga utama, selain hidrokarbon perlu dilakukan sekarang dan mencari jalan terbaik membabitkan kerjasama antarabangsa dan bagi Malaysia, perkara ini merupakan satu peluang kerjasama yang baik,” katanya.

Wan Zaid juga berharap dan percaya perdana menteri akan turut menggunakan platform itu untuk mengetengahkan kepentingan Malaysia dan menyuarakan pendirian negara dalam memperjuang isu berkaitan geopolitik.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.