nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK KKB: BN masih harap MCA bantu kempen

27 APR : Barisan Nasional (BN) masih berharap MCA membantu jentera Kerajaan Perpaduan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Namun Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiada sebarang tempoh ditetapkan untuk MCA.

 Beliau yakin suasana itu akan berubah apabila ‘kedukaan’ MCA kembali reda.

Malah Timbalan Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan persahabatan erat dengan komponennya itu sejak 1955 mampu meredakan pergeseran yang berlaku antara MCA dan DAP.

“Di peringkat Bahagian dan DUN saya tidak nampak masalah yang besar. Mereka akan menggerakkan jentera yang ada.

“Namun, kita memahami dan menyantuni yang di atas sana (kepemimpinan MCA),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pekarangan Pusat Penamaan Calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu, hari ini.

MCA sebelum ini bertegas tidak akan membantu kempen Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu.

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata pihak yang ingin melihat mereka turun berkempen pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu perlu tahu ahli parti itu mempunyai maruah dan harga diri.

Kata Ka Siong, DAP tersilap jika berharap MCA dapat melupakan semua cacian dilemparkan kepada parti itu, sebelum ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN menghormati formula  memberi laluan kepada parti yang menguasai kerusi tertentu untuk bertanding.

“Di Kuala Kubu Bharu kita merasakan prinsip ini menjadi keutamaan, sebab itu dari awal saya sudah menyatakan pendirian UMNO dan BN dalam hal ini.

“Kita sudah menggerakkan jentera UMNO dan MIC di lapan pusat daerah mengundi termasuk kawasan Orang Asli. Kita akan mendekati pengundi yang menjadi ahli parti, selain pengundi Melayu tidak menyertai mana-mana parti atau atas pagar,” katanya.

Pada masa sama, beliau sempat menyelar tindakan pihak tertentu yang memuat naik semula ucapan lama calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao menghentam BN.

“Mereka akan terus melakukan perkara jahat, sebab itu memang DNA mereka dari dahulu. Jadi, teruskan usaha mereka tetapi kita lihat (keputusan PRK DUN Kuala Kubu Bharu) pada 11 Mei ini yang kebetulan sama tarikh dengan ulang tahun UMNO.

“Insya-Allah, keputusan akan memihak kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.