nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Prinsip UMNO tidak pernah berubah walau bersama DAP

29 APR : Prinsip UMNO tidak pernah berubah meski kini sudah sekapal dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan parti Melayu itu tidak pernah apologetik dalam soal perjuangan khususnya berkaitan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu.

“Jangan rasa bersalah, jangan apologetik bercakap soal Islam. UMNO tidak pernah meninggalkan asas perjuangannya malah akan terus membela agama.

“Walaupun hari ini UMNO berada bersama Kerajaan Perpaduan namun prinsipnya tidak luntur sama sekali seperti mana dakwaan sesetengah pihak dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.

“Dalam hal ini UMNO tidak akan mungkin menggadaikan perjuangan Islam dan Melayunya. Sebab itu UMNO berada di dalam Kerajaan Perpaduan atas asas untuk jaga prinsip-prinsip perjuangan kita,” katanya, lapor UMNO Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tangga Batu secara berkelompok di Melaka, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin merangkap Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi bertegas parti yang dipimpin Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu tidak pernah sesekali mengikut telunjuk pihak lain.

“UMNO terus konsisten dalam perjuangan biarpun ketika menjadi pembangkang sehinggakan menganjurkan perhimpunan tolak ICERD apabila Perlembagaan dicabar.

“Matlamat perjuangan UMNO adalah demi agama, bangsa dan tanah air serta mempertahankan institusi Raja-raja Melayu. Kalau melibatkan Islam, Melayu/Bumiputera kita tidak akan sewenang-wenangnya mengalah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.