30 APR : Lima unit pasukan keselamatan rejim zionis didapati bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia.
Keputusan itu dicapai Amerika Syarikat (AS) yang julung kalinya dibuat.
Namun butiran terperinci berkait pelanggaran tersebut termasuk unit yang terlibat.
Timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Vedant Patel berkata insiden itu berlaku di luar Gaza sebelum konflik tercetus antara Israel dan Hamas pada Oktober.
Kumpulan hak asasi manusia berkata mereka melaporkan insiden yang melibatkan unit Israel termasuk pembunuhan di luar undang-undang, penyeksaan dan penderaan fizikal kepada Jabatan Negara.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Menurut Patel, empat daripada unit itu telah membetulkan pelanggaran ini dengan berkesan.
Dalam kes unit kelima, Washington masih belum menentukan sama ada terdapat pemulihan yang mencukupi dan masih dalam perbincangan dengan Israel.
Tindakan tentera Israel semakin mendapat perhatian yang meluas susulan tindakan kejam mereka membunuh kira-kira 34,500 rakyat Palestin di Gaza.