1 MEI : Bahagian utara Arab Saudi dilanda banjir selepas hujan lebat tanpa henti termasuk di sekitar kawasan Masjid Al-Nabawi di Madinah pada Isnin.
Pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya dan sekolah.
Melalui maklumat yang tular di media sosial sejak semalam itu menunjukkan banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Semalam, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) mengeluarkan amaran tahap merah di kawasan Madinah dan meramalkan hujan lebat serta ribut petir, angin kencang dan hujan batu turut berlaku di Al-Ula.