nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan jual, import produk boikot minyak sawit

3 MEI : Peruncit, pemborong dan pengimport di negara ini diingatkan supaya tidak menjual, mengedar atau mengimport produk yang dilabel dengan kempen memboikot minyak sawit.

Amaran itu dikeluarkan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini.

Tegas Johari, kementeriannya akan bertindak tegas terhadap pihak yang menyokong kempen dari luar negara itu.

“Sebagai negara pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia, kementerian mahu tekankan kita kini lebih serius memerangi produk yang memboikot hasil kelapa sawit di dalam negara.

“Saya ingin memberi amaran ini kepada peruncit, pemborong dan pengimport yang kita akan tegas kuat kuasakan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022 kepada mereka.

“Malah, selepas ini kementerian akan memaklumkan Jabatan Kastam DiRaja untuk lebih tegas dan teliti dalam pemeriksaan produk yang masuk ke negara ini berkaitan pelabelan boikot produk kelapa sawit,” katanya pada sidang media, hari ini.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu sebuah kedai serbaneka di Presint 3, Putrajaya kerana disyaki menjual produk makanan tertera perkataan ‘No Palm Oil’ (NPO) atau ‘Tiada Minyak Sawit’ pada plastik pembungkusan produk itu.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali serbuan yang bermula jam 11.45 pagi itu dibuat berdasarkan aduan awam yang diterima KPDN.

Hasil pemeriksaan ditemui produk aiskrim pelbagai perisa yang mempunyai pernyataan NPO.

Kesemua produk aiskrim terbabit disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.

Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk kempen menangani anti minyak sawit.

Dalam pada itu, Johari berkata pihaknya mengalu-alukan dan menyokong tindakan yang diambil KPDN dalam hal tersebut.

Menurutnya, pihaknya akan terus memantau isu berkenaan selain meminta langkah ppenguatkuasaan dijalankan dengan lebih kerap.

“Kita bukan sekat pengimportan produk luar membabitkan minyak boleh makan ini, kita benarkan minyak soya, minyak bunga matahari dan minyak rapeseed tetapi jika produk itu ada label anti minyak sawit atau tiada minyak sawit (NPO) kita tidak benarkan.

“Kita mahu memastikan tindakan tegas ini bagi menjaga kepentingan industri kelapa sawit yang menjadi penyumbang ketiga terbesar kepada pendapatan negara.

“Kelapa sawit adalah komoditi utama yang penting dari segi hasil, malah ia memberi peluang pekerjaan kepada 1 juta orang dan 450,000 isi rumah pekebun kecil,” katanya.

Dalam sidang media sama, Johari mendedahkan ada syarikat tempatan terutama pasar raya mewah yang menjual produk menggunakan label kempen anti minyak sawit atau NPO.

Malah beliau mendakwa ada peniaga yang bertindak menutup label tersebut pada produk yang dijual.

“Kementerian memberi masa syarikat yang mengimport produk yang ada tertera label kempen anti minyak sawit untuk mengatasi perkara itu sama ada menutupnya atau membuat pembungkusan semula.

“Untuk masa depan, kita beri amaran tidak ada lagi mana-mana produk luar yang dibawa masuk mempunyai label kempen anti minyak sawit,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.