6 MEI : Tiga pegawai kanan termasuk seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad, lapor BH.
Kesemua yang ditahan berusia antara 45 hingga 49 tahun disyaki terbabit meminta dan menerima rasuah bagi pelbagai projek termasuk pembekalan di Kelantan.
Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai ditahan jam 7.30 malam ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan.
“Mereka dipercayai terbabit dalam meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa individu atau syarikat, namun jumlah rasuah masih dalam siasatan SPRM.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pagi ini bagi permohonan reman,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.