nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tumpu usaha selesai isu air tidak terhasil

9 MEI : Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata usaha itu antaranya melibatkan pemberian geran padanan bagi membantu operator air menangani masalah NRW dengan lebih berkesan dan mampan.

“Cabaran utama ialah paip lama yang bocor, rosak dan sebagainya akan berlakulah NRW di mana air sudah proses tetapi hilang begitu sahaja disebabkan kebocoran dan ini memerlukan dana begitu besar untuk gantikan paip lama.

“Sebab itu salah satu strategi kita, mana-mana kerajaan negeri ada NRW lebih lima peratus, kerajaan Persekutuan bantu dengan memberi geran, manakala yang sudah baik akan diberi secara pinjaman untuk gantikan paip lama dan ini salah satu usaha dan fokus kita sehingga dapat selesaikan masalah ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Pemimpin Masa Depan Kelestarian Air 2024: Memacu Impak untuk Daya Tahan Air (Future Leaders of Water Sustainability (Flows): Accelerating Impact for Water Resilience), hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah berkata Rancangan Malaysia Ke-12 menggariskan objektif strategik untuk meningkatkan keselamatan dan kemampanan air yang diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) nombor enam (SDG 6), yang secara spesifik menyasarkan untuk meningkatkan liputan air bersih dan mengurangkan NRW bagi menyokong infrastruktur air yang berdaya tahan.

Menteri Tenaga dan Transformasi Air itu turut menekankan bahawa dasar berpandukan data dan kerjasama antara pelbagai pihak berkepentingan diperlukan bagi mewujudkan pengurusan air yang mampan.

“Inisiatif seperti pusat data air berpusat yang bertujuan menambah baik proses membuat keputusan dan menggalakkan pengurusan sumber berkesan merupakan cara strategik ke hadapan,” katanya.

Mengenai simposium hari ini, Fadillah berkata acara itu bermatlamat untuk menangani isu-isu kritikal keselamatan air dan peranan penting pengurusan perniagaan air, di samping memupuk kerjasama merentas sektor bagi penyelesaian inovatif.

“Fokus kami adalah untuk memastikan akses kepada air minuman dan sanitasi yang selamat, pengurusan sumber air yang mampan, air sisa dan ekosistemnya.

“Untuk mencapai matlamat ini, kita mesti menyediakan platform yang membolehkan semua pihak berkepentingan mengambil bahagian secara aktif dalam memacu aspirasi ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.