nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen

11 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.

Perdana Menteri berkata walaupun lama meninggalkan bidang politik, namun kesungguhan Mutang untuk mengangkat martabat Parlimen termasuk Dewan Negara ke tahap lebih tinggi dapat dilihat sebaik dilantik memegang jawatan itu Feb lepas.

“Mendiang mula membicarakan soal reformasi Parlimen dengan serius bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul). Saya anggap dia seorang yang berprinsip dan menjaga nilai yang baik.

“Oleh kerana itu, kita kehilangan Yang Dipertua Dewan Negara yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara dan mengusulkan reform dalam sistem Parlimen negara kita,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Bernama.

Terdahulu, Anwar tiba kira-kira 12 tengah hari di Pusat Peringatan Nirvana 2 di Kuala Lumpur bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara, semalam.

Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ahli keluarga Mutang termasuk balu mendiang, Datin Ho May Leng dan tiga anak mereka bagi menyampaikan salam takziah.

Mutang, 69 dimasukkan di IJN pada 6 Mei lepas sebaik tiba dari Azerbaijan selepas mengadakan lawatan kerja ke negara itu bermula 29 April.

Selain Anwar, turut hadir memberi penghormatan terakhir setakat 1 tengah hari ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Johari dan timbalannya,Datuk Ramli Mohd Nor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara semalam, satu lagi majlis penghormatan terakhir buat mendiang Mutang akan diadakan di Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) di Miri, Sarawak bermula 10 pagi esok.

Mendiang dijangka dikebumikan di Perkuburan SIB, Lambir, Miri pada Isnin.

Pada 19 Februari lepas Mutang yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Wan Junaidi yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan itu.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.