23 MEI : Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini bersetuju mempertimbangkan kes untuk menyingkir Perdana Menteri, Srettha Thavisin, lapor AFP.
Ia susulan tindakan pemimpin itu melantik seorang Menteri Kabinet yang dilaporkan mempunyai rekod jenayah.
Petisyen dikemukakan oleh 40 Senator untuk memecat Srettha daripada jawatannya diterima mahkamah selepas enam hakim menyokong dan tiga menentang.
Srettha mempunyai 15 hari untuk memberi maklum balas terhadap kes itu.
Namun, mahkamah menolak permohonan mereka untuk menggantung sementara tugas Srettha.
Terdahulu Srettha melantik Pichit Chuenban sebagai menteri yang pernah dipenjara selama enam bulan selepas disabitkan kesalahan menghina mahkamah pada 2008.
Namun Pichit yang juga bekas peguam meletakkan jawatannya Selasa lalu bagi melindungi Srettha.