22 MEI : Skuad sepak takraw negara mencipt sejarah tersendiri malam ini apabila merangkul gelaran juara bagi acara regu dan double.
Menewaskan musuh tradisi, Thailand, skuad negara menang 2-0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Gandingan Aidil Aiman Zawawi dan Noraizat Mohd Nordin merangkul gelaran juD dunia pertama dalam acara double apabila menewaskan pemain Thailand, Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut 17-6, 15-13.
Juara dunia kedua dihadiahkan trio dibarisi Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Mohamad Azlan Alias (apit kanan) bagi acara regu.
Mereka menewaskan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan dan Varayut Jantarasena dengan 15-8, 15-12.
Permainan kedua-dua pasukan itu turut menerima suntikan semangat dari ribuan penyokong yang hadir ke Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
*Foto: Bernama