nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penyasaran subsidi diesel untuk tangani ketirisan RM4.5j sehari

23 MEI :Penyasaran subsidi diesel yang bakal dilaksanakan kerajaan adalah bagi menangani isu kebocoran serius yang menyebabkan ketirisan sehingga RM4.5 juta sehari.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan itu juga bagi memastikan pengurusan fiskal yang mampan tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat.

“Subsidi diesel di Malaysia mencatatkan belanja sebanyak RM1 bilion setiap bulan bagi kerajaan.

“Perbezaan dengan harga pasaran telah mengakibatkan penyeludupan ke negara-negara jiran dan memberi ruang kepada syarikat komersial yang besar untuk meningkatkan keuntungan dengan menggunakan diesel murah, yang pada asalnya tidak layak mereka terima,” katanya melalui satu hantaran di LinkedIn, semalam.

Beliau turut mengingatkan pemberian subsidi secara meluas yang berterusan di negara ini tidak mampan dalam jangka panjang.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Kewangan sedang bekerjasama rapat dengan kementerian lain bagi menyelaras mekanisme untuk memastikan hanya yang layak menerima subsidi kelak.

Berkongsi video perbincangan perkara tersebut di @EY C-Suite Forum, 14 Mei lalu, Amir Hamzah berkata penjimatan subsidi diperlukan kerana terdapat ketirisan dan ‘galakan’ yang diberikan terlalu meluas.

Katanya, menangani masalah itu bukan perkara mudah kerana kerajaan perlu memastikan mekanisme penjimatan subsidi bahan api berfungsi dengan baik.

“Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah menyesuaikannya untuk memastikan bahawa apabila menekan butang itu, ia berfungsi dengan betul dan benar-benar menjaga kumpulan yang betul dan benar-benar mendapat cukup penjimatan dari sistem apabila ia berhenti,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan subsidi bagi diesel akan ditarik balik bagi golongan maha kaya dan warga asing yang akan dilaksanakan di Semenanjung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.