nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Singapura: Permit kenderaan asing kuat kuasa 1 Oktober

28 MEI : Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Oktober ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata selepas tempoh itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP selaras Seksyen 66H (7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Mereka yang disabit kesalahan boleh dikenakan kompaun atau didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan seperti ketetapan Seksyen 119(2) di bawah Akta 333.

“Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kuasa untuk melarang mana-mana kenderaan asing yang tidak mempunyai VEP untuk masuk ke Malaysia.

“(Penguatkuasaan VEP) membolehkan kita mengesan kenderaan asing yang masuk dan keluar dari Malaysia serta jika ada saman (mereka) perlu selesaikan sebelum mereka keluar,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini, lapor Bernama.

Loke berkata sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan (MOT) melaksanakan pendaftaran VEP kepada pemilik kenderaan asing yang merentasi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar dan Bangunan Sultan Abu Bakar di Johor.

“Sebenarnya (pendaftaran) VEP telah dilaksana sejak 2019 tetapi kita tidak kuatkuasakan, sistem sudah ada dan pendaftaran telah dimulakan.

“Berdasarkan rekod semasa, hanya terdapat sekitar 70,000 kenderaan pendaftaran Singapura yang berdaftar dan mengaktifkan tag VEP berbanding lebih 200,000 kenderaan yang telah berdaftar namun masih belum melengkapkan proses memasang serta mengaktifkan tag VEP masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, Loke meminta pemilik kenderaan asing menggunakan tempoh masa yang ada untuk memperbaharu VEP yang akan tamat tempoh atau melengkapkan pendaftaran bagi mendapatkan permit.

“MOT berharap agar pemilik kenderaan asing segera mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag Radio Frequency Identification (RFID) VEP untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa masuk dan keluar dari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata proses pendaftaran VEP kini telah dipermudah dengan tag RFID VEP itu akan dihantar kepada pemilik kenderaan asing di alamat masing-masing.

“Tag RFID VEP dihantar ke alamat dan mereka (pemilik kenderaan asing) boleh pasang sendiri,” katanya sambil menambah harga RFID VEP ialah RM10 untuk tempoh lima tahun.

Sementara itu, Loke berkata kerajaan berhasrat memperluas peraturan caj jalan (RC) serta VEP fasa dua di sempadan darat Malaysia-Thailand.

Sehubungan itu, MOT mempelawa mana-mana pihak berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan cadangan bagi membangun serta mengoperasi sistem itu bagi pihak JPJ.

“Bagi menilai kebolehlaksanaan dan kaedah pelaksanaan yang lebih kompetitif, tiada sebarang suntikan perbelanjaan kerajaan akan dikeluarkan oleh MOT bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian sistem berkenaan.

“Sebaliknya, semua kos hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang berminat. Pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan mengenai model-model perniagaan yang akan dipertimbangkan selanjutnya di dalam tawaran pihak syarikat,” katanya.

Beliau berkata mana-mana pihak yang berkelayakan dan telah mengemukakan cadangan yang kompetitif akan dilantik serta diberi kuasa oleh MOT bagi melaksanakan fungsi pengurusan pendaftaran VEP dan kutipan caj RC bagi pihak Pegawai Pengangkutan Jalan untuk suatu tempoh yang akan ditetap serta diluluskan kemudian.

Mana-mana pihak yang berminat boleh membuat pendaftaran dengan melayari https://bit.lyRCVEPMsiaThailand dan sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada amirul@mot.gov.my serta arbi@mot.gov.my.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.