nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK Sg Bakap: PH belum mesyuarat pilih calon

29 MEI : Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi bagaimanapun menzahirkan keyakinan bahawa proses pemilihan calon bagi PRK itu akan dilakukan menerusi mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan

“Mengambil sikap dan pendirian kerjasama yang baik antara parti komponen Kerajaan Perpaduan ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu, saya percaya proses sama akan dituruti untuk PRK DUN Sungai Bakap.

“Insya-ALLAH saya melihat ini tidak akan menjadi isu dan akan diuruskan melalui mekanisme dalaman Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media hari ini ketika ditanya perkembangan mengenai proses pemilihan calon PRK DUN Sungai Bakap, lapor Bernama.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK berkenaan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.