nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

25 MP Bersatu sudah ikrar setia, 6 lagi masih teka-teki

1 JUN : Seramai 25 daripada 31 ahli Parlimen Bersatu sudah menandatangani surat bagi menyatakan kesetiaan kepada parti tersebut selepas tarikh tamat diberi sehingga semalam.

Selain itu 58 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu juga berbuat perkara sama.

Namun status enam lagi wakil rakyatnya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini tidak dinyatakan.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata surat itu merupakan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), baru-baru ini.

Katanya, arahan itu juga menepati kehendak Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan mengenai anti lompat parti.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Jawatankuasa Khas Bersatu yang bertungkus-lumus menyempurnakan Arahan Khusus Majlis Pimpinan Tertinggi ini secara tertib dan teliti, menepati segenap lunas undang-undang.

“Adalah diperingatkan bahawa mengikut Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu, ketidakpatuhan wakil rakyat Bersatu terhadap apa-apa arahan dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi adalah disifatkan terhenti keahliannya dari parti secara serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Secara keseluruhan, Bersatu mempunyai 31 Ahli Parlimen dan 60 ADUN, namun enam daripada ahli Parlimen itu mengisytiharkan sokongan kepada Anwar manakala seorang ADUN menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sebelum ini, Bersatu dilaporkan meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pindaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

ADUN yang menyatakan sokongan kepada Amirudin ialah dari Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari. Selain menjadi Ahli Parlimen, Mohd Azizi juga seorang ADUN di kawasan Nenggiri.

Sebelum ini, Bersatu dilapor memberi tempoh 14 hari kepada ADUN dan Ahli Parlimen parti itu untuk membalas dan menandatangani Surat Arahan MPT bermula 17 Mei dan berakhir semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.