4 JUN : Claudia Sheinbaum dipilih sebagai Presiden wanita pertama Mexico dengan kemenangan besar dalam pilihan raya umum negara itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya Mexico berkata keputusan awal menunjukkan bekas Datuk Bandar Mexico City itu memperoleh antara 58 dan 60 peratus undi dalam pilihan raya bersejarah yang diadakan Ahad lalu.
Sheibaum, 61 mendapat kelebihan 30 mata peratusan ke atas pesaing utamanya, ahli perniagaan, Xóchitl Gálvez.
Sheinbaum akan menggantikan mentornya, Presiden Andrés Manuel López Obrador 1 Oktober depan.
Bekas saintis tenaga itu menjanjikan kesinambungan kepada dasar Lopez Obrador selain meneruskan ‘kemajuan’ yang dimulakan beliau.
Ini termasuk meneruskan program kebajikan yang menjadikan Lopez Obrador sangat popular dalam kalangan rakyat.
Dalam ucapannya, Sheinbaum turut menekankan bahawa pilihan raya itu sangat berbeza daripada yang diadakan sebelum ini.
“Buat pertama kali dalam 200 tahun, Mexico telah memilih seorang wanita sebagai Presiden,” katanya.
Jelasnya, ini merupakan satu kejayaan bukan untuk dirinya sendiri,tetapi untuk semua wanita.
“Saya telah menegaskan dari mula, ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk g semua.
“Saya tidak akan mengecewakan kamu semua,” ikrarnya.
Sheinbaum sempat mengucapkan terima kasih kepada pesaingnya, Gálvez.
*Foto: Facebook Claudia Sheinbaum