nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pastikan tiada kontena Israel berlabuh di Malaysia

4 JUN : Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan di seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perniagaan secara langsung dengan rejim Zionis itu.

“Saya telah sebut perkara ini, bahawa kita tidak ada hubungan diplomatik termasuk hubungan perniagaan langsung dengan Israel. Isu ini amat dekat dengan rakyat Malaysia keseluruhannya dan saya tidak fikir kita boleh berkompromi dalam hal ini,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan program Halal on Track @ Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini.

Ahad lepas Ahmad Zahid dilapor berkata siasatan terhadap dakwaan kewujudan kontena syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM di sebuah pelabuhan di Iskandar Puteri perlu disegerakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.