7 JUN : Hari Raya Aidiladha akan disambut pada 17 Jun (Isnin) bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.
Pengumuman itu dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, sebentar tadi.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada hari Sabtu, 8 Jun 2024 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi. Sekian,” katanya.
Pengumuman rasmi itu dibuat melalui siaran di saluran televisyen tempatan malam ini.
Petang tadi, sesi pencerapan anak bulan Zulhijjah dijalankan di 29 lokasi seluruh negara yang telah diwartakan menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
*Foto: Iqmal Hakim Rosman