nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Singapura sokong penuh Malaysia jadi Pengerusi ASEAN 2025

12 JUN : Singapura menyokong penuh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kata Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sambil beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama ke arah ASEAN yang lebih kukuh dan bersepadu.

Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan pengenalannya pada Rabu, Wong menyatakan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Anwar dalam menerajui ASEAN.

“Singapura yakin di bawah kepimpinan Malaysia dan Perdana Menteri Anwar, ASEAN akan terus berkembang sebagai sebuah komuniti yang lebih kuat dan bersepadu serta akan mengeratkan hubungan kita dengan rakan dialog luar.

“Masih terdapat banyak ruang untuk kita bekerjasama dengan lebih erat. Oleh itu, Singapura akan menyokong sepenuhnya jawatan pengerusi ASEAN oleh Malaysia, dan kami berharap dapat bekerjasama dalam menetapkan agenda yang bercita-cita tinggi dan berpandangan ke hadapan untuk ASEAN untuk 10 hingga 20 tahun akan datang,” katanya, lapor Bernama.

Mengenai keperluan untuk memperkukuh kedudukan ekonomi ASEAN, Wong menyebut banyak kerjasama positif antara Malaysia dan Singapura termasuk penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan Rapid Transit System Link, yang boleh menjadi model kerjasama bagi ASEAN memajukan integrasi ekonomi demi manfaat bersama.

Sambil menyatakan bahawa ASEAN telah mencapai kemajuan sejak 20 tahun lepas, Wong berkata masih terdapat potensi ekonomi yang signifikan menunggu untuk diterokai terutamanya dalam sektor sedang berkembang seperti ekonomi digital dan tenaga boleh diperbaharui.

“Apa yang ASEAN perlu lakukan ialah mengukuhkan integrasi ekonomi kita sebagai satu. Jadi saya amat berharap Malaysia dan Singapura dapat menyediakan asas yang kukuh untuk komuniti ASEAN yang lebih kukuh dan bersepadu,” katanya.

Terdahulu, Wong dan isterinya, Loo Tze Lui, dijamu makan tengah hari oleh Anwar di mana kedua-dua pemimpin membincangkan pelbagai isu yang membabitkan kedua-dua negara, termasuk perjanjian air, ruang udara dan sempadan maritim, kerjasama ekonomi, dan isu serantau yang berkepentingan.

Turut hadir isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon turut hadir.

Wong, 51 mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keempat Singapura pada 15 Mei, menggantikan Lee Hsien Loong yang berundur selepas 20 tahun memegang jawatan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.