13 JUN : Amerika Syarikat (AS) mengesahkan akan memulangkan kira-kira RM721.4 juta (AS$156 juta) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Kerajaan Malaysia.
Perkara itu disahkan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Edgard D Kagan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun 2024.
Kedutaan AS dalam kenyataan memaklumkan, pemulangan aset itu adalah transaksi kali keempat susulan beberapa aset yang dirampas.
Pemulangan dana 1MDB itu susulan petisyen pengampunan kerajaan Malaysia yang diluluskan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Menurut Kagan, kerajaan AS berbesar hati dengan pemulangan aset yang dipercayai diseleweng dari Malaysia.
“Kami berbesar hati pemulangan aset dari siasatan yang dijalankan Jabatan Keadilan AS. Amaun yang besar ini dikembalikan (ke Malaysia) di mana ia patut berada dan boleh dimanfaatkan dari matlamat asal iaitu untuk rakyatnya,” kata Kagan, lapor Awani.
Katanya lagi, Kerajaan AS akan terus komited membantu dalam memulangkan dana yang diseleweng itu.