18 JUN : Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai BRICS (blok ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) tidak lama lagi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
“Kami sudah menjelaskan dasar kami dan membuat keputusan. Kami akan memulakan proses rasmi tidak lama lagi,” lapor Sputniknews memetik kenyataan Anwar dalam wawancara bersama pengasas media China Guancha, Li Shimo ketika ditanya mengenai perkara itu.
BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China.
Afrika Selatan menyertai kumpulan ini pada 2010.
Rusia mengambil alih jawatan presiden pada 1 Januari.
Pada hari yang sama, BRICS mengembangkan keahliannya merangkumi Mesir, Ethiopia, Iran dan Emiriah Arab Bersatu.
BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global, dengan populasi sekitar 40 peratus penduduk dunia, lapor Bernama.