19 JUN : Indonesia membina benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer di Semarang, Jawa Tengah.
Benteng yang terletak di Kampung Nelayan, Tambak Lorok itu menelan kos sekitar 386 bilion rupiah (kira-kira RM111 juta) bagi berdepan bencana banjir di kawasan tersebut.
Menurut Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi berkata benteng itu dibina bagi mengurangkan banjir pasang surut dalam tempoh tiga dekad akan datang.
Katanya, benteng yang dijangka siap pada bulan Ogos itu berpotensi membawa projek sama di kawasan pantai lain yang terdedah bencana tersebut.
Menurut Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan, projek itu sudah 85 peratus siap dan dijangka selesai pada Ogos 2024 termasuk penyusunan semula Kampung Nelayan.
Projek berkenaan merangkumi pembinaan tembok laut seluas 20 hektar dan dua kolam takungan bagi mengurangkan risiko banjir bersama dua rumah pam di mana setiap satunya mampu mengepam 3×500 liter air sesaat.
Dilaksanakan dalam dua fasa, inisiatif itu pada mulanya memastikan keselamatan limbungan kapal semasa fasa pertama (2016-2017).
Fasa kedua yang sedang berlangsung (2022-2024) bertujuan untuk melindungi kawasan kediaman, kemudahan sosial dan kemudahan awam di sekitar Tambak Lorok.