nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersatu hantar notis maklum kekosongan 6 Parlimen kepada Speaker

20 JUN : Bersatu memaklumkan sudah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi melibatkan enam ahli Parlimennya yang beralih sokongan ke pejabat Speaker Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata ia melibatkan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan.

“Pengesahan kekosongan luar jangka ini hendaklah dihormati, apatah lagi Seksyen 18C Akta Pertubuhan memperuntukkan sebarang keputusan sesuatu parti politik adalah muktamad dan konklusif.

“Secara prinsipnya, saya yakin Tan Sri Johari (Speaker Dewan Rakyat) mahu memastikan badan legislatif bebas daripada pengaruh politik kepartian dengan menghormati keluhuran Perlembagaan dan menjunjung kedaulatan undang-undang.

“Beliau tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan suatu pilihan raya kecil diadakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain enam wakil rakyat Bersatu itu, seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor turut menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran menyifatkan pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkait kekosongan luar jangka membabitkan DUN Nenggiri sebagai keputusan tepat mengikut lunas Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, ia juga selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu katanya, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul juga perlu melakukan perkara sama di enam kerusi Parlimen itu dalam tempoh 21 hari notis itu diterima.

“Sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.