nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan nak tunjuk pahlawan, PM ingatkan pengkritik

21 JUN : “Jangan nak tunjuk pahlawan”. Demikian peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pihak tertentu yang mengkritik penyertaan syarikat BlackRock dalam penstrukturan semula kepentingan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB).

Tegasnya, sebagai pemimpin negara, beliau melakukan segala yang termampu bagi membawa suara rakyat Palestin namun tidak boleh mengambil tindakan yang melemahkan ekonomi negara.

“Saya percaya ada hujah yang diberikan secara ikhlas, ada sebahagian lagi nak tunggang (sebagai) isu politik. Boleh tegur saya, tak ada masalah. Tapi jangan nak tunjuk pahlawan.

“Siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini dulu? Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan perdana menteri tahun 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin termasuk mantan-mantan menteri yang bising sekarang.

“Saya ambil keputusan batalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi dari Israel. Bagaimana dengan syarikat yang ada operasi di Amerika Syarikat, Jerman, China, yang ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan kerana akan jejaskan ekonomi negara.

“Kita runding dulu dengan Global Infrastructure Partners (GIP). Akhir tahun lalu, BlackRock ambil alih. BlackRock ada operasi atau syarikat yang ada kepentingan BlackRock ada di Kelantan, Selangor, Sarawak, di seluruh negara dan di pasaran saham.

“Jadi saya, sementara keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, saya akan berdepan dengan sesiapa saja tetapi saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya.

Kenyataan itu bagi Anwar kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoal hasrat MAHB menjual 30 peratus saham mereka kepada BlackRock yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock memiliki pegangan dalam Malaysia Airports MAHB.

Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Pada Jumaat, GIP menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui Gateway Development Alliance (GDA).

Ketua Bahagian Pengangkutan di GIP dan Pengarah GDA, Phil Iley berkata seperti yang diumumkan pada Januari lepas, GIP akan diambil alih oleh BlackRock dengan transaksi tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.