22 JUN : Menteri Hal Ehwal Agama Tunisia, Ibrahim Chaibi dipecat selepas puluhan jemaah haji dari negara itu dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi ketika menunaikan ibadah haji.
Presiden Tunisia, Kais Saied membuat keputusan itu pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Namun menurut laporan itu, tiada sebarang penjelasan diberikan di sebalik pemecatan tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 49 jemaah haji Tunisia meninggal dunia di Arab Saudi.
Chaibi sebelum ini dilaporkan berkata kebanyakan kematian membabitkan jemaah haji yang menggunakan visa pelancong dan bukannya melalui program haji Saudi.
Malah Chaibi dikritik aktivis media sosial Tunisia yang menuduhnya memuat naik gambarnya ketika menunaikan ibadah haji pada masa yang sama laporan kematian jemaah haji Tunisia diterima.