24 JUN : Lebih 1,300 jemaah haji dilaporkan meninggal dunia pada musim haji kali ini, menurut pemerintah Arab Saudi.
Menurut laporan Agensi, kebanyakan kematian susulan suhu panas melampau manakala perjalanan ‘tidak dibenarkan’ menyumbang lebih empat daripada lima kematian.
“Sistem kesihatan menangani banyak kes suhu panas melampau tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan. Malangnya, jumlah kematian mencecah 1,301,” kata kerajaan dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut kenyataan tersebut, 83 peratus daripada mereka yang meninggal dunia itu mereka yang tidak dibenarkan menunaikan haji dan berjalan jauh di bawah cahaya matahari langsung, tanpa tempat tinggal atau keselesaan yang mencukupi.
“Terdapat beberapa orang tua dan pesakit kronik dalam kalangan mangsa yang meninggal dunia,” katanya.
Suhu meningkat kepada 51.8 darjah selsius pada Isnin, 17 Jun lalu yang ditambah lagi dengan angka tidak rasmi mereka yang menziarah.
Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah haji memperoleh permit khas untuk masuk ke Mekah secara sah dengan kos beberapa ribu dolar AS.
Jemaah haji yang tidak berlesen biasanya tidak melakukan perjalanan dengan bas pelancongan dengan pendingin hawa atau akses mudah kepada bekalan air dan makanan.