nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usul bahas penjualan saham MAHB ditolak

24 JUN : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar bagi membahas isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat berkait BlackRock.

Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB itu.

Perkara itu dikongsi Wan Ahmad Fayhsal dengan memuat naik surat jawapan daripada Johari Yang yang bertarikh hari ini.

“Untuk makluman Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) tidak mempunyai sebarang peruntukan supaya Majlis Mesyuarat ditangguhkan untuk merundingkan usul di bawah Peraturan berkenaan.

“Oleh itu, usul ini adalah tidak teratur kerana ia tidak menepati keperluan dalam Peraturan Mesyuarat 18 PPMMDR.

“Justeru, selaras dengan peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(c) PPMMDR, saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar,” menurut surat jawapan berkenaan.

Wan Ahmad Fayhsal mengemukakan usul meminta kerajaan menarik semula keputusan penjualan sebahagian saham MAHB di Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

Wan Ahmad Fayhsal berkata usul sama dihantar mengikut Peraturan Mesyuarat 27(1) dan 27(3) pada awal Jun lalu sebagai usul persendirian yang dijadikan sebahagian daripada Aturan Urusan Mesyuarat (Ahli Bukan Kerajaan) bagi pertimbangan untuk dibahaskan.

Pada 15 Mei lalu, Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium, pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham yang bersamaan dengan RM18.4 bilion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.