nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Diarah kosongkan kerusi Nenggiri, Azizi saman Bersatu

26 JUN : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim memfailkan saman pemula bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan pilihan raya kecil (PRK) di DUN tersebut.

Saman itu difailkan 24 Jun lalu melalui Tetuan Shankar Govinth.

Melalui saman berkenaan, Ahli Parlimen Gua Musang itu juga memohon perisytiharan agar kerusi DUN itu tidak kosong dan masih disandangnya.

Selain itu, Mohd Azizi memohon perisytiharan agar pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri tidak boleh dilakukan SPR.

Pada masa sama, Mohd Azizi juga memohon perisytiharan pemecatan jawatan dan keahliannya dalam Bersatu melalui notis bertarikh 12 Jun lalu sebagai tidak sah.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Suruhanjaya Pilihan Raya dinamakan sebagai defendan.

Mohd Azizi menegaskan pindaan Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan keahlian seseorang akan dihentikan jika menyokong lawan adalah tidak berperlembagaan.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang ADUN dan Bersatu mengenai status keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada Bersatu.

Susulan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri pada 28 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan PRK itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan esok bagi mendengar permohonan injunksi tersebut bagi menghentikan PRK kawasan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.