nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor murka dengan keputusan MFL

26 JUN : Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta ahli Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) khususnya Presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin.

Ia berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana ketidakhadiran pasukan itu pada perlawanan Piala Sumbangsih 10 Mei lalu.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan terbaharu MFL itu yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

“Beta terkejut dan kecewa kerana Datuk Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dari 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada beta.

“Beta berpandangan hukuman dijatuhkan iaitu denda RM100,000, bayaran pampasan kerugian ditanggung tuan rumah dan MFL, pemotongan tiga mata serta hukuman menjalankan perlawanan (LS14) tanpa penonton adalah tidak masuk akal dan amat berlebihan memandangkan kemenangan telah diberikan kepada pasukan lawan,“ titah baginda menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, hari ini, lapor Bernama.

Sultan Sharafuddin yang juga Penaung FAS bertitah baginda memberi perkenan kepada Selangor FC untuk menghantar permohonan penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih kerana pemain Selangor FC masih dalam keadaan trauma dan ketakutan susulan kes jenayah serangan asid yang mengancam nyawa menimpa ikon bola sepak Selangor dan Malaysia Mohamad Faisal Abdul Halim pada 5 Mei lepas.

Bagaimanapun pihak MFL menolak permohonan penangguhan itu dan memberi kemenangan 3-0 serta kejuaraan Piala Sumbangsih kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sultan Sharafuddin bertitah baginda telah terlibat dalam arena bola sepak tempatan sejak 1968 semasa zaman FAS diterajui oleh Datuk Seri Harun Idris sehingga bersara pada 1990.

“Dalam tempoh itu belum pernah beta saksikan keadaan seperti sekarang ini. Sukan yang sepatutnya menjadi platform perpaduan antara berbilang kaum dan rakyat kini telah dicemari dengan keganasan.

“Lebih teruk lagi, MFL dan FAM langsung tidak serius bersuara dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu mengenai aspek keganasan dan kezaliman yang berlaku terhadap pemain-pemain,“ titah baginda.

Sultan Sharafuddin juga pelik kerana MFL dan FAM tidak menunjukkan rasa simpati dan belas kasihan terhadap pihak teraniaya dalam isu itu sambil mengingatkan apa berlaku bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh ‘membunuh’ semangat dan hala tuju pasukan Selangor FC.

“Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung dalam FAS. Namun jika beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,” titah baginda.

Baginda juga mengingatkan bahawa bola sepak adalah sukan digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan tinggi, dan tindakan melampau MFL langsung tidak melambangkan semangat itu sebaliknya hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan dicintai itu.

“Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,“ titah baginda.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.