28 JUN : Jepun sudah memulakan pelepasan air sisa tercemar nuklear dari Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik bagi pusingan ketujuh, hari ini.
Memetik laporan Xinhua Meski dikritik dari dalam negara hingga ke peringkat antarabangsa, aktiviti itu tetap diteruskan.
Pengendali loji, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) memulakan pelepasan air sisa radioaktif itu pada waktu pagi iaitu pusingan ketiga dalam tahun fiskal 2024.
Sama seperti sebelumnya, kira-kira 7,800 tan air sisa yang terkumpul sejak tsunami pada 2011 itu dilepaskan ke laut sehingga 16 Julai depan.
Sebelum ini, China dilaporkan mengharamkan semua import makanan laut Jepun selepas pelepasan yang pertama pada 11 September lalu walaupun Tokyo memberi jaminan operasi itu tidak mengakibatkan risiko.