nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pembenihan awan fasa 2 dijangka awal Julai

28 JUN : Operasi Pembenihan Awan (OPA) fasa kedua oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dijangka dilakukan awal Julai ini bagi memastikan hujan yang lebih konsisten di Kelantan.

Pengerusi KADA, Muhammad Husain, berkata perkara itu diputuskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu mesyuarat pada 24 Jun lalu.

Beliau berkata, OPA fasa kedua akan dilaksanakan di kawasan tadahan hulu sungai Kelantan seperti yang berjaya dilakukan pada 21 hingga 23 Jun lalu.

“Saya difahamkan OPA sebelum ini berjaya menghasilkan 10 hingga 20 milimiter hujan pada hari pertama, namun paras air sungai Kelantan kekal pada paras minimum yang (memadai) untuk membolehkan rumah pam Kemubu KADA beroperasi,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad berkata, bagi memastikan hujan yang lebih konsisten KPKM memohon pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Meteorologi melaksanakan operasi fasa dua awal Julai ini mengikut kesesuaian cuaca.

Pada 19 Jun lalu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan OPA di Kelantan pada 21 hingga 23 Jun bagi mengatasi penyusutan air Sungai Kelantan dan menangani impak fenomena cuaca panas serta Monsun Barat Daya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.