nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini

28 JUN : Hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan ditetapkan pada 17 Ogos depan susulan kerusi itu diisytiharkan kosong, 19 Jun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan perkara itu sebentar tadi selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK DUN Nenggiri di Putrajaya.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Datuk Mohd Amar Nik Abdulla, Speaker DUN Kelantan berhubung kekosongan luar jangka DUN Nenggiri, Kelantan.

“SPR memutuskan satu PRK N43 Nenggiri hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

“Tarikh penting bagi PRK ini ialah hari penamaan calon pada 3 Ogos, hari pengundian awal pada 13 Ogos dan hari mengundi pada 17 Ogos 2024,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu, hari ini.

Daftar pemilih bagi PRK DUN Nenggiri melibatkan seramai 20,259 pemilih di mana kos bagi menjalankan pilihan raya itu sebanyak RM1.6 juta.

Semalam, mahkamah menolak saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang memohon agar SPR tidak meneruskan PRK ini kerana mendakwa masih wakil rakyat di kerusi tersebut.

DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai status keahlian Mohd Azizi susulan pindaan ke atas Perlembagaan Bersatu.

Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang antara wakil rakyat Bersatu yang digugurkan keahliannya serta-merta selepas gagal menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu susulan mengisytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Ia melibatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.