nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada kenaikan tarif elektrik tahun ini

29 JUN : Tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung pada tahun ini bermula 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam satu kenyataan berkata secara keseluruhannya, jumlah subsidi elektrik secara bersasar bagi tempoh tersebut akan dibiayai kerajaan sebanyak RM2.192 bilion.

“Pengguna komersial dan industri akan menikmati penurunan kadar surcaj Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) sebanyak satu sen/kWj bagi tempoh sama.

“Kadar surcaj juga turun sebanyak satu sen/kWj kepada kategori lampu jalan (tarif G dan G1) seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), bagi membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan pencahayaan yang menyeluruh di kawasan awam seperti lampu jalan, taman perumahan dan kawasan rekreasi.

“Melalui keputusan ini, kerajaan komited untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar,” kata PETRA.

Terdahulu, satu Sesi Taklimat Berkenaan Pelarasan Tarif Elektrik di Semenanjung diadakan di Menara PETRA di Putrajaya.

Kerajaan berharap pemberian subsidi elektrik itu dapat membantu rakyat dalam meringankan kos sara hidup sekali gus memastikan pembangunan ekonomi negara yang berterusan.

Dalam pada itu, kerajaan juga berharap penurunan kadar surcaj ICPT dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran selain menyokong usaha kerajaan bagi menggalakkan pelaburan di Malaysia.

“Kementerian percaya bahawa pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar merupakan pendekatan yang terbaik pada masa ini supaya dapat mengurangkan komitmen subsidi kerajaan.

“Peruntukan tersebut sebaliknya akan disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan lain kepada rakyat serta membolehkan kerajaan terus menambah baik infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan menyokong sektor pendidikan negara,” kata kenyataan itu.

Selain itu, kebajikan golongan berpendapatan rendah tetap terpelihara melalui Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna elektrik dalam kategori Miskin Tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem e-Kasih di seluruh Malaysia pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

Pengguna yang layak boleh membuat semakan status kelayakan masing-masing di laman sesawang https://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti berhampiran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.