nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jalan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula

1 JUL : Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup lebih setahun susulan kejadian tanah runtuh pada 16 Disember 2022 yang mengorbankan 31 nyawa, dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula 3 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata sebelum ini laluan itu hanya dibenarkan kepada pekerja di kawasan Genting Highlands namun kini dibuka untuk semua pengguna selepas kerja-kerja pembaikan cerun dengan kos kira-kira RM19 juta siap pada 15 Jun lepas.

“Seperti yang semua dapat lihat, cerun empat tingkat setinggi 25 meter ini telah siap dilaksanakan. (Pembaikan cerun menggunakan) Sistem Terralink Wall ini merupakan yang pertama kali digunakan di kawasan Batang Kali,” katanya selepas merasmikan pembukaan jalan berkenaan di Batang Kali, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan cerun di laluan itu sepatutnya siap pada Mac lepas namun berlaku sedikit kelewatan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Insiden tanah runtuh yang menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm itu mengakibatkan 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak meninggal dunia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.