nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usah keterlaluan bahas isu BlackRock

1 JUL : Semua pihak diingatkan agar tidak berlebihan dalam membahaskan isu pelaburan Blackrock yang dikaitkan dengan rejim zionis sehingga merosakkan kepentingan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan dalam isu pembantaian di Palestin amat jelas malah ketara berbanding negara lain.

“Pendirian mengenai Gaza ini, dalam sejarah dan ketimbang negara lain, kita antara paling jelas dan keras, janganlah tuntut lebih daripada itu, kita ini negara berkembang, kita lihat tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah, kita nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara.

“Setiap kali saya lakukan (lawatan ke luar negara), ketika berucap di depan (Presiden Amerika Syarikat) Joe Biden dan negarawan lain, saya pertahankan prinsip ini, saya mahu rakyat selamat dan terjamin kedudukan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Jelas Anwar, isu berkaitan Blackrock itu bukan benda baharu malah pernah dibangkitkan bekas perdana menteri sebelum ini.

Katanya pada 2018, bekas perdana menteri pernah menekankan keperluan syarikat itu masuk ke Malaysia secara lebih jelas dan ketara.

Pada 2021, bekas perdana menteri ketika itu meluluskan cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyerahkan kepada Blackrock menguruskan dana khas KWSP sebanyak RM600 juta.

“Jadi pada masa itu, dasar agak simpati dengan Israel itu jelas? Kemudian orang kata itu sebelum 7 Oktober (2023), sebelum ‘genocide’, ini fahaman sejarah politik memang lemah sangat.

“Kezaliman Israel terhadap Palestin sejak 1948 yang disebut nakbar, kemusnahan, pengusiran jutaan orang, pembunuhan puluhan ribu orang, istilah apa pun. Memang kezaliman yang sangat jelas, tidak ada yang pertikai,” katanya.

Malah katanya lagi kerjasama antara KWSP dengan Global Infrastructure Partners (GIP) sudah berlaku sejak 2012.

“Sebab itulah Khazanah (Khazanah Nasional Berhad) dan KWSP berunding dengan GIP, lapangan terbang kita ada kebaikannya dan kekuatannya tetapi ketimbang lapangan terbang besar lain, ada banyak kelemahannya terutama dari segi kejuruteraan, pakar teknikal, pengurusannya.

“Ada ruang yang harus diperbaiki kerana kita sudah agak ketinggalan, perancangannya dan pelbagai lagi, keputusan Khazanah dan KWSP kemudian mereka maklumkan kepada saya dan saya kata teruskan,” katanya.

Tambahnya, pandangan rakyat dalam isu lapangan terbang negara juga cuba dipersong pihak tertentu.

“Tanah lapangan terbang itu milik kerajaan, yang menjadi isu sekarang ialah soal pengurusan, 70 peratus itu kekal, GIP yang 30 peratus itu bukan sepenuhnya GIP, 30 peratus itu GIP dengan Abu Dhabi Investment Authority.

“Ini menjadi sentimen yang tidak waras, itu yang saya nak tekankan, kalau ada pertanyaan boleh, kita tak boleh larang, kadang kala orang terlalu emosi isu gaza ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.