nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

‘Jangan perbodohkan diri’, Ramli ingatkan ahli Parlimen

3 JUL : Ahli Parlimen dari kedua-dua blok diingatkan agar tidak memperbodohkan diri di khalayak ramai dengan bertikam lidah ketika persidangan di Dewan Rakyat berlangsung.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor membangkitkan perkara itu apabila beberapa kali kekecohan berlaku hingga mengganggu sesi perbahasan sesi petang, hari ini.

Sebelum memberi laluan kepada perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 Ramli sempat memberi peringatan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands melahirkan kekesalan susulan masih ada dalam kalangan ahli Parlimen hari ini yang tidak berbahas sebaiknya.

“Sebelum saya baca senarai ini (pembahas). Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhomat, terminologi integriti. Saya rasa semua sedia maklum integriti ini bukan sahaja rasuah dan sebagainya tapi cara kita bercakap, berbahas…kalau jadi budak-budak?

“Pada saya kita sudah berumur, jangan perbodohkan diri kita di khalayak. Baik di sebelah pembangkang, baik di sebelah kerajaan,” tegasnya.

Beliau sempat memberi amaran akan mengambil tindakan mengikut Peraturan Mesyuarat terhadap mana-mana ahli Parlimen yang tidak menurut peraturan.

“Saya akan urus mengikut peraturan mengikut ini (Peraturan Mesyuarat). Jika ada yang degil, saya tak peduli. Dalam ini saya laksanakan tugas, di luar kita kawan,” katanya.

Terdahulu, dewan kecoh lebih 10 minit ketika Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berucap pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024.

Ia susulan RSN Rayer (PH-Jelutong) bangkit meminta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong mengambil perhatian terhadap dua ahli Parlimen pembangkang iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) dan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang didakwa mengganggu perbahasannya, semalam.

“Semalam, Bachok dan Ketereh katakan saya kelirukan dewan dengan bahaskan isu syarikat lombong emas di Kelantan yang secara kebetulan (syarikat itu) adalah satu daripada (kes) yang dilaporkan Jabatan Audit Negara. Jadi, ia memang relevan untuk dibahaskan.

“Saya mohon Timbalan Speaker ambil perhatian dan tegur Bachok dan Ketereh yang melenting dan tinggikan suara tanpa tujuan,” katanya.

Keadaan bertambah kecoh apabila Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mencelah dan menimbulkan dakwaan lain kononnya ada pemimpin daripada DAP yang cuba memohon beratus ekar tanah di Kelantan.

Kenyataan Awang itu menimbulkan kemarahan Rayer yang mendakwa beliau sengaja membuat sangkaan jahat, malah turut mencabar supaya menamakan pemimpin DAP terbabit.

Keadaan kemudian semakin tidak terkawal selepas beberapa ahli Parlimen blok kerajaan bangkit menuntut Pendang menarik balik dakwaannya itu antaranya Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka), Cha Kee Chin (PH-Rasah) dan Syahredzan Johan (PH-Bangi).

Alice kemudian meminta ahli Parlimen yang tidak berpuas hati supaya membuat usul bagi menuntut Awang memberikan penjelasan lanjut mengenai dakwaannya itu.

Semalam, Alice menggantung persidangan sebelah petang selepas kekecohan berlangsung lebih 20 minit hingga tidak dapat dikawal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.