nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mangsa banjir Sabah terus meningkat, 14 menara telekomunikasi dipulihkan

3 JUL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah yang terjejas akibat banjir setakat pagi ini.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan 27 pemancar lagi masih belum dapat beroperasi.

“Daripada jumlah keseluruhan menara yang terjejas, 34 menara pemancar terpaksa diputuskan bekalan elektrik oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) atas sebab keselamatan, manakala lima lagi terputus hubungan disebabkan oleh jalan yang dinaiki air dan dua menara pemancar mengalami kerosakan peralatan elektronik,” menurut kenyataan itu, lapor Bernama.

Berdasarkan pecahan daerah, sebanyak 13 menara pemancar di daerah Penampang telah dibaik pulih, 19 lagi masih belum beroperasi manakala di Kota Kinabalu, satu menara telah beroperasi semula dengan empat lagi dalam proses pembaikan.

Selain itu, kesemua tiga menara pemancar di daerah Tuaran dan satu lagi di daerah Kota Marudu masih belum beroperasi.

Dalam perkembangan sama, menurut MCMC satu daripada lima Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut terjejas dan tidak dibuka kepada orang ramai untuk sementara waktu sehingga keadaan kembali normal.

“Bagaimanapun, kerja pembersihan sedang giat dijalankan bagi membolehkan pusat NADI di Kampung Sungai Damit, Tuaran boleh dibuka untuk operasi sesegera mungkin,” menurut MCMC.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa MCMC Sabah akan terus memantau untuk memastikan liputan telekomunikasi di keempat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) beroperasi dengan baik bagi kemudahan mangsa banjir.

“Berdasarkan hasil ujian pemantauan kualiti liputan (QoS), tiada aduan berkaitan kualiti liputan yang diterima di PPS berkenaan setakat ini,” kata MCMC.

Ahad lalu, selepas beberapa jam hujan lebat dari tengah hari, dilaporkan banjir kilat melanda Penampang dan Sipitang menyebabkan banyak jalan tidak boleh dilalui manakala kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang turut mengalami pemotongan bekalan elektrik.

Sementara itu, mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan peningkatan pagi ini dengan 503 orang terjejas daripada 145 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Laman sesawang info bencana banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 296 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

Sementara 156 mangsa daripada 34 keluarga di Dewan Sri Putatan, 33 mangsa daripada sembilan keluarga di PPS SK Selupoh dan 18 orang daripada lima keluarga di Kampung Bontoi Tamparuli.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.