nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

LKAN: MPN jawab pendedahan salah guna dana

4 JUL : Majlis Profesor Negara (MPN) menjelaskan tidak menerima sebarang dana daripada kerajaan sejak dibubarkan pada 2018 susulan pendedahan salah guna kuasa dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, hari ini.

Badan itu dalam satu kenyataan hari ini menegaskan mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan kelangsungannya termasuk membuat pindaan Perlembagaan.

“MPN ingin menjelaskan bahawa pihak kerajaan telah membuat Keputusan untuk membubarkan MPN secara serta merta berkuatkuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.

“Mulai tarikh pembubaran itu, MPN tiada lagi menerima saluran dana kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.

“Di sepanjang tempoh itu, pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya, di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu,” kata kenyataan tersebut.

Menurut MPN, pihaknya mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022.

Terdahulu, LKAN menyebut Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu tidak pernah diaudit Jabatan Audit Negara sejak diperbadankan pada tahun 2014.

LKAN mendedahkan penyalahgunaan dana lebih RM370,000 dan mengesyorkan pengurusan MPN dirombak secara menyeluruh.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata MPN didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516 selain wujud konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytihar kepentingan sebagai pemilik saham dalam dua syarikat berkenaan selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016).

MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh 2015 hingga 2018 serta 2022 dan 2023.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.