nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Positif Covid-19 tidak lagi perlu kuarantin di rumah

5 JUL : Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan individu positif Covid-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain dan digalak memakai pelitup muka, kekal di rumah, elak interaksi sosial dan mengelakkan tempat sesak.

Bagaimanapun, individu disahkan positif masih berpotensi menyebarkan jangkitan Covid-19 dan disaran mengambil langkah kawalan dan pencegahan sekiranya perlu keluar rumah atau tempat kediaman.

KKM memaklumkan individu tersebut perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya gejala berterusan atau bertambah teruk dan pemberian Sijil Cuti Sakit dan rujukan ke hospital (jika perlu) adalah berdasarkan penilaian pegawai perubatan yang merawat.

Menurut kenyataan itu, setakat ini tiada varian baharu dikesan dan varian yang sedang menular di Malaysia adalah masih varian Omicron dengan subvariannya terdiri daripada Variant of Concern (VOC), Variant of Interest (VOI), dan Variant Under Monitoring (VUM).

Sehingga 29 Jun lalu, sebanyak 854 kumulatif kes Currently Circulating Variant of Interest (VOI) dilaporkan dengan pecahan kes sebanyak 581 kes JN.1 dan sublineages iaitu 68 peratus; 233 kes EG.5 dan sublineages (27.3 peratus) serta 40 kes BA.2.86 dan sublineages (4.7 peratus).

“Bagi VUM, Malaysia turut melaporkan subvarian baharu yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu LB.1 sebanyak 12 kes (57.1 peratus). Namun begitu, subvarian yang sedang menular ini tidak menyebabkan jangkitan yang lebih teruk kepada individu yang dijangkiti,” katanya.

KKM memaklumkan Individu bergejala seperti batuk dan selesema digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di fasiliti kesihatan selain petugas kesihatan menguruskan pesakit.

Dalam pada itu, bilangan kes baharu turun sebanyak 77.9 peratus kepada 3,810 kes pada Minggu Epidemiologi ke-26 (ME26/2024) bagi tempoh 23 hingga 29 Jun berbanding 17,256 kes pada minggu pertama tahun ini.

Tiada kes kematian dilaporkan pada tempoh tersebut berbanding 22 kes pada minggu pertama tahun ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.