6 JUL : Bekas Menteri Kesihatan, Masoud Pezeshkian diumum memenangi pusingan penentuan Pilihan Raya Presiden Iran.
Perkara itu diumum Suruhanjaya Pilihan Raya Iran, Mohsen Eslami, lapor Sputnik.
Masoud juga disahkan sebagai Presiden kesembilan Iran.
“Sebanyak 30,510,157 undi telah dikira. Daripada jumlah itu, Masoud Pezeshkian memperoleh 16,384,403 undi dan (bekas perunding nuklear) Saeed Jalili – 13,538,179 undi,” lapor agensi berita SNN memetik Eslami.