nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan jadikan media sosial platform berbalah, buka aib

8 JUL : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib kerana ia akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan.

Baginda turut mengingatkan rakyat agar tidak bersikap keterlaluan, terutama dalam isu berkaitan dengan kaum dan agama.

“Jangan buka aib orang lain atau tularkan perkara-perkara yang memalukan, kerana ini semua akan menjadi punca perpecahan dan persengketaan,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M di Putrajaya yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, lapor Bernama.

Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Sultan Ibrahim bertitah, orang ramai hari ini berdepan dengan cabaran kebanjiran maklumat tanpa sempadan melalui media sosial yang sukar dikawal.

Justeru, baginda mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa berhati-hati dalam menuntut ilmu agama di media sosial dan memastikan kandungan yang diperoleh sahih dan berwibawa.

Sultan Ibrahim bertitah terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai penyebaran maklumat berkaitan Islam yang mengelirukan, tidak tepat, disalah tafsir dan menyimpang daripada prinsip Islam sebenar.

“Jika orang dahulu belajar agama dengan membaca kitab dan mendengar kuliah di masjid, masyarakat sekarang belajar agama daripada ‘Ustazah Facebook’ dan ‘Ustaz Tik Tok’,” titah baginda.

Baginda turut menggesa kerajaan supaya meningkatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat dan menyediakan satu pusat rujukan agama untuk menyebarkan ilmu dan maklumat yang tepat.

Sementara itu, dalam aspek pembentukan sebuah negara, Sultan Ibrahim bertitah Hijrah turut membawa sinar penyatuan ummah dan perpaduan masyarakat.

Baginda menyeru masyarakat Malaysia, khususnya umat Islam, agar menguatkan semangat hidup bersaudara untuk membentuk generasi masa depan negara yang bersatu padu.

“Agama Islam yang diamalkan di negara kita berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Namun saya perhatikan telah ada banyak fahaman dan ajaran Islam yang berbeza-beza. Sudah menjadi macam rojak. Ini semua akan memecah-belahkan umat Islam.

“Janganlah kita dibodoh-bodohkan dengan ajaran oleh pihak yang ada kepentingan sendiri,” titah baginda.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’, sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dihadiri kira-kira 6,000 tetamu.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.