nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ADUN Selat Klang kekal wakil rakyat, tiada kekosongan luar jangka

11 JUL : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari kekal sebagai wakil rakyat selepas Speaker DUN Selangor, Lau Weng San mengumumkan tiada kekosongan luar jangka bagi kerusi itu, hari ini.

Weng San berkata, pemberhentian keahlian Abdul Rashid dalam Bersatu satu pemecatan terancang (constructive expulsion) di bawah operasi Perkara LXVA 2(c) Perlembagaan Negeri Selangor.

“Notis dan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Selat Klang tidak dikosongkan,” katanya pada sidang DUN Selangor, hari ini.

Menurut Weng San, semakannya termasuk dalam Fasal 10 dan Fasal 22 Perlembagaan Bersatu mendaapati tiada bukti dokumen yang membuktikan perlembagaan parti tersebut berkuat kuasa secara retrospektif iaitu sebelum 1 April 2024.

“Tindakan Abdul Rashid yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Mei lalu bukanlah satu maklumat pertama.

“Situasi ini adalah peristiwa yang berasal daripada kedudukannya pada 6 Mac lalu dan berlaku sebelum pindaan Perlembagaan Bersatu berkuat kuasa oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 1 April lalu,” katanya.

Sejurus pengumuman itu dibuat, Abdul Rashid dilihat bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Weng San.

Abdul Rashid sebelum ini diberhentikan keahlian Bersatu selepas mengisytihar sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mohamed Azmin pada 21 Jun lalu menyerahkan notis kepada Weng San meminta kerusi DUN berkenaan dikosongkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.